Tol percuma dua hari sempena Krismas pada 23, 26 Disember – Ahmad Maslan
Kerajaan bersetuju untuk memberikan kemudahan tol percuma selama dua hari di seluruh lebuh raya di Malaysia bersempena sambutan perayaan Krismas 25 Disember nanti.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tol percuma tersebut akan berkuatkuasa pada 23 Disember dan 26 Disember 2023 bagi semua jenis kenderaan.
“Keputusan tersebut telah dibuat selepas mesyuarat jemaah menteri yang berlangsung pada 6 Disember lalu sempena sambutan Krimas tahun ini.
“Pengecualian tersebut diberikan untuk semua jenis kenderaan di semua lebuh raya dalam negara kecuali dua plaza tol di sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar dan Plaza Tol Tanjung Kupang,” jelasnya dalam satu sidang akhbar, hari ini.
Tambah beliau, pemilihan tarikh itu juga bertujuan bagi mengelakkan penumpuan trafik pada hari perjalanan pulang ke kampung dan kembali semula ke bandar.
Katanya, ini dapat mengoptimumkan pengoperasian dan penyelarasan logistik tambahan serta keperluan logistik lain yang melibatkan pihak ketiga di sepanjang kawasan hentian sebelah (Lay By) dan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di lebuh raya.
“Diharapkan agar pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan peluang ini dan merancang perjalanan dengan sebaiknya serta mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan atau travel time advisory (TTA) yang disyorkan,” katanya.
Baca lagi: