Semasa

Kerajaan arah syarikat perkapalan Israel keluarkan segera 4,000 kontena kargo

Kerajaan mengeluarkan arahan supaya syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM mengeluarkan 4,000 kontena kargo transit yang masih terkandas di negara ini dalam masa terdekat.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, arahan itu susulan keputusan Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyekat dan tidak membenarkan syarikat itu daripada memasuki mana-mana pelabuhan dalam negara berkuat kuasa serta-merta.

“Kesemua kontena tersebut dikendalikan oleh ZIM. Jadi apabila kita ambil tindakan ini… maka syarikat perkapalan ini perlu hubungi syarikat perkapalan lain supaya angkut keluar kontena-kontena ini dalam masa terdekat untuk ke destinasi seterusnya,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan antara MRT Corp dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di Putrajaya pada Khamis.

BACA LAGI: Langkah berani PM Anwar mula dapat sorotan media, pempengaruh antarabangsa

Pada Rabu Anwar memaklumkan kerajaan telah memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel memasuki negara ini berkuat kuasa serta-merta selain melarang mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia.

Sekatan itu merupakan tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengenepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin. a melibatkan pelbagai destinasi.

Anwar turut berkata kerajaan yakin semua keputusan itu tidak akan menjejaskan kegiatan perdagangan Malaysia

Related Articles

Back to top button