Semasa

KPDN laksana SHMMP lima hari sempena Krismas

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksana Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di seluruh negara sempena sambutan Krismas ini.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata SHMMP akan berkuat kuasa 23 hingga 27 Dis ini melibatkan 14 jenis barangan kawalan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Pada sidang media selepas program Jualan Rahmah di Kota Kinabalu pada Khamis berkata, barangan berkenaan ialah daging kambing biri-biri bertulang import, harga runcit yang ditetapkan di Semenanjung ialah RM30 sekilogram, Sabah dan Sarawak masing-masing RM32 sekilogram sementara di Wilayah Persekutuan Labuan ialah RM34 sekilogram.

“Sementara tomato dijual pada harga runcit RM6 sekilogram di Semenanjung; Sabah, Sarawak serta Labuan (RM8) manakala lada benggala hijau (Semenanjung RM14), Sarawak (RM17.50) tetapi di kawasan Limbang dan Lawas, Sabah serta Labuan (RM18).

“Harga kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing) di Semenanjung, katanya ialah RM3.50 sekilogram, Sarawak (RM4), bahagian Limbang dan Lawas (RM4.50), Sabah dan Labuan masing-masing RM3.50 sekilogram manakala lobak merah di Semenanjung dijual RM4.50 sekilogram, Sarawak (RM5), Limbang dan Lawas (RM6), Sabah di bahagian Pantai Barat (RM5), Pantai Timur (RM7) dan Labuan (RM5),” jelasnya.

BACA LAGI: KPDN ketatkan penguatkuasaan, benteras golongan kaut ‘untung atas angin’

Barangan lain yang dikawal harga ialah ubi kentang import (China) iaitu Semenanjung pada harga RM3.50 sekilogram, Sarawak (RM4) kecuali di kawasan Limbang dan Lawas (RM4.50), Sabah di Pantai Barat (RM4), Pantai Timur (RM4.50), Labuan RM4 manakala cili merah di Semenanjung RM17 sekilogram, Sarawak (RM18) kecuali di Limbang dan Lawas (RM22), Sabah di Pantai Barat (RM18), Pantai Timur (RM19) dan Labuan (RM18).

“Bawang merah besar import di Semenanjung RM5 sekilogram, Sarawak (RM4.50) kecuali di Limbang dan Lawas (RM6.50), Sabah di bahagian Pantai Barat (RM5), Pantai Timur (RM5.50) dan Labuan (RM5) manakala bawang kuning besar di Semenanjung RM5 sekilogram, Sarawak (RM5.50) kecuali di Limbang dan Lawas (RM6), Sabah di Pantai Barat (RM6), Pantai Timur (RM6.50) dan Labuan (RM6),” tambahnya.

Sementara itu Armizan turut berkata, harga bagi ayam tua hidup dikawal di Sarawak sahaja iaitu pada harga runcit RM8.20 sekilogram kecuali di Limbang dan Lawas RM9 sekilogram, kepak ayam di Sarawak RM14.50 sekilogram tetapi di Kapit,

Bukit Mabong, Song dan Belaga dijual RM15 sekilogram manakala di Limbang serta Lawas RM15.50 sekilogram, Sabah dan Labuan masing-masing pada harga RM16 dan RM17 sekilogram

Babi hidup (ladang sahaja) di Sarawak RM15 sekilogram, Sabah di Pantai Barat (RM18), Pantai Timur (RM18.50) dan Labuan (RM18); daging babi (perut) di Sarawak RM28 sekilogram, Sabah dan Labuan (RM43) manakala daging babi (daging dan lemak) Sarawak RM27 sekilogram, Sabah dan Labuan (RM39).

Related Articles

Back to top button