Semasa

PM Anwar umum peruntukan RM25 juta bina 18 blok baharu kolej kediaman UPSI

Sebanyak RM25 juta diperuntukan untuk membina 18 blok tambahan baharu kolej kediaman pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara itu ketika sesi Temu Anwar dengan kira-kira 5,000 mahasiswa UPSI di Dewan Tuanku Canselor Kampus Sultan Azlan Shah selepas merasmikan Anugerah Buku Negara 2023 di institusi pendidikan tersebut.

Menurut Anwar, langkah itu susulan kediaman di UPSI hanya mampu menampung 36 peratus pelajar berbanding Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain.

“Kediaman yang ada hanya boleh menampung 7,804, (iaitu) 36 peratus daripada lebih 31,000 pelajar di sini, ini kadar terendah berbanding IPTA (institusi pengajian tinggi awam) seluruh negara, di IPTA lain 60 peratus.

“Bila saya dengar maklumat ini, langkah segera perlu diambil. Untuk tambah kapasiti kolej kediaman, belanjanya saya luluskan RM25 juta, “katanya disambut tepukan gemuruh dari mahasiswa dan kakitangan UPSI.

BACA LAGIL:KPT akan tangani segera masalah kediaman pelajar di IPT

Sementara itu menurut Anwar, beliau sudah mengarahkan Kementerian Kewangan agar peruntukan itu diluluskan sebelum akhir tahun ini dengan projek berkenaan akan dilaksanakan di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri.

Related Articles

Back to top button