Anwar

Kerajaan Perpaduan tumpu usaha tingkat ekonomi negara pada 2024 – PM Anwar

Kerajaan Perpaduan akan menumpukan kepada usaha untuk mempertingkatkan ekonomi pada tahun hadapan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, negara kini sudah berada pada landasan yang terbaik susulan keadaan politik yang stabil.

“Turut bakal jadi perhatian, sektor pendidikan dan perpaduan,” katanya kepada pemberita pada Sesi Dialog bersama Ketua Pengarang serta Pengarang-Pengarang Kanan Media Elektronik, Cetak dan Dalam Talian di Seri Perdana, Putrajaya, hari ini.

Hampir 60 orang Ketua Pengarang hadir di program ini di mana mereka turut diberi peluang untuk berdialog dengan Perdana Menteri.

Dalam pada itu, duti import terhadap kertas akhbar akan dipertimbang oleh kerajaan untuk disemak semula.

Anwar berkata, ia bakal dibincang bersama Kementerian Kewangan dan keputusan itu bakal memberi keseimbangan kepada industri media cetak dan pendapatan kerajaan.

“Pertimbangan dilaksana susulan rungutan pihak industri media cetak yang mendakwa terbeban selepas pengilang dalam negara tidak lagi menjalankan perniagaan tersebut.

“Justeru, mereka terpaksa mengimport kertas dari luar negara untuk cetakan akhbar,” katanya.

Baca lagi:

Related Articles

Back to top button