Negeri

Negeri Sembilan berjaya capai sasari sifar miskin tegar

Kerajaan Negeri Sembilan berjaya mencapai sasaran sifar miskin tegar di negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan penyerahan Masjid Saiditina Aishah Bandar Seremban Selatan pada Jumaat berkata, ia hasil pelbagai inisiatif digerakkan melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPNNS) yang melibatkan sebanyak 3,530 Ketua Isi Rumah (KIR).

“Usaha menoktahkan kemiskinan juga ialah agenda utama dalam mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) selain disokong dengan penubuhan Task Force Pembasmian Miskin Tegar.

“Selain itu, Jawatankuasa Focus Group Daerah (FGD) diaktifkan dan melancarkan kaunter bergerak eKasih bersama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

“PPNNS menyemak, merekod dan mengesahkan semua maklumat bantuan disalurkan melalui Jawatankuasa Focus Group Pembasmian Kemiskinan dari setiap daerah ke dalam Sistem eKasih,” katanya

BACA LAGI: Penjawat awam Negeri Sembilan terima bonus satu bulan setengah gaji – MB

Selain itu tambahnya, tiga siri bengkel pemurnian data juga telah diadakan melibatkan agensi pemberi bantuan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal (MAINS) serta agensi pelaksana iaitu pejabat-pejabat daerah di negeri ini.

“Terima kasih dan penghargaan kepada semua wakil rakyat, agensi pemberi bantuan, agensi pelaksana, Jawatankuasa Focus Group Pembasmian Kemiskinan di peringkat daerah serta PPNNS yang bertindak selaku urus setia penyelaras gerak kerja menoktahkan miskin tegar tahun ini,” tambahnya.

Aminuddin turut menjelaskan, kerjasama secara bersepadu antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri perlu diperkemas dari semasa ke semasa demi memastikan kesejahteraan rakyat dapat ditingkatkan kepada suatu kualiti hidup lebih baik pada masa hadapan.

Related Articles

Back to top button