Negeri

Sarawak kukuh kerjasama dengan Persekutuan termasuk sektor tenaga hijau

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak bersetuju memperkukuh hubungan dan kerjasama dua hala.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di laman Facebooknya sebagai mengulas pertemuan dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di pejabatnya di bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada Jumaat.

Menerusi catatan di Facebooknya, Anwar berkata pertemuan empat mata itu menyentuh antara lain mengenai kerjasama dalam bidang tenaga hijau serta peluang pelaburan baharu yang meningkat di negeri itu dan Semenanjung.

“Kami turut bicara soal kerjasama erat dalam konteks Kerajaan Perpaduan yang pasti akan terus diperkuat demi rakyat terbanyak,” katanya yang turut memuat naik gambar pertemuan tersebut .

BACA LAGI: Rakyat Sarawak diminta tidak sentuh sensiviti agama

Sebagai rekod, Abang Johari sebelum ini memaklumkanSarawak mahu menumpukan kepada sektor tenaga hijau menerusi Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030.

Justeru kerajaan Sarawak jelasnya mengalu-alukan kedatangan para pelabur dari seluruh dunia bagi meneroka potensi pelaburan dalam ekonomi baharu berteraskan teknologi hijau di negeri itu memandangkan ia merupakan sumber tenaga pada masa depan.

Related Articles

Back to top button