Global

201 kematian dalam tempoh 24 jam di Gaza, 20,258 mangsa korban – Kementerian Kesihatan Gaza

Pejuang Hamas mendakwa lebih 200 orang dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam serangan Israel di Gaza, yang kini diperluaskan ke wilayah selatan.

Perkara itu disahkan oleh seorang pegawai di Gaza, manakala Israel juga mengumumkan kematian lima tenteranya selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) gagal mendesak pengisytiharan gencatan senjata.

Tentera rejim Israel dilaporkan meneruskan serangan mereka, selepas 11 minggu peperangan berlangsung, malah serangan dilaporkan semakin ‘ganas’.

Tindakan kejam itu diteruskan sehari selepas Majlis Keselamatan PBB (UNSC) menerima pakai resolusi untuk lebih banyak bantuan dihantar ke Semenanjung Gaza yang dikepung.

Kementerian Kesihatan Gaza yang dikendalikan Hamas melaporkan 201 kematian dalam tempoh 24 jam lalu di seluruh wilayah itu, menambah jumlah korban kepada 20,258 mangsa kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak tercetusnya perang.

Israel melancarkan pengeboman tanpa henti dan pencerobohan darat ke atas Gaza selepas 7 Oktober, sekali gus menyebabkan dua juta orang hilang tempat tinggal dan memusnahkan sebahagian besar wilayah itu dalam misi menghapuskan Hamas.

Tentera Israel sebelum ini memaklumkan lima tenteranya terkorban dalam pertempuran, meningkatkan jumlah kematian tentera kepada 144 orang sejak serangan darat pada 27 Oktober.

Sehari sebelumnya, UNSC meluluskan resolusi yang menuntut penghantaran bantuan menyelamatkan nyawa ke Gaza dibuat secara berskala dengan segera, selamat dan tanpa halangan.

Majlis itu bagaimanapun tidak menuntut gencatan senjata, malah selepas undian UNSC pada Jumaat, Israel menegaskan pertempuran akan berterusan sehingga Hamas dihapuskan.

Menteri Luar Israel, Eli Cohen, menekankan bahawa peperangan itu adalah sah dan adil dan beliau turut menuntut baki 129 tebusan yang ditahan di Gaza mesti dibebaskan. – AFP

Baca lagi:

Related Articles

Back to top button