Negeri

Isu kekurangan guru : JPNS ucap terima kasih kepada KPM

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) menyampaikan ucapan penghargaan atas keperihatinan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam menyelesaikan isu kekurangan guru di negeri itu.

Melalui satu kenyataan JPNS memaklumkan pihaknya akan menerima 1,108 guru baharu terdiri daripada siswazah keluaran universiti awam dan swasta.

Daripada jumlah itu, sebanyak 422 guru akan ditempatkan di sekolah rendah, manakala 686 guru di sekolah menengah berkuat kuasa Khamis depan (28 Dis).

“JPNS mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan Kementerian Pendidikan (KPM) yang menempatkan guru baharu berkenaan.

“Selain itu, sekalung penghargaan kepada KPM, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Sarawak (MEITD) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Cawangan Sarawak (SPP) atas sokongan dalam membantu mengatasi masalah kekurangan guru di Sarawak,“ menurut jabatan itu.

Sementara itu JPNS memaklumkan pihaknya akan bekerjasama erat dengan KPM, SPP dan semua pihak berkepentingan pendidikan dari semasa ke semasa bagi memastikan isu kekurangan guru di Sarawak akan terus diatasi.

BACA LAGI: KPM komited atasi isu kekurangan guru – Fadhlina

Fadhlina pada November lalu memberi jaminan isu kekurangan guru di semua jenis sekolah di negara akan diselesaikan mengikut keperluan sekolah, opsyen dan situasi pendidikan semasa.

Bercakap di Dewan Rakyat, beliau menjelaskan KPM sangat komited untuk mengisi jawatan kekosongan guru.

Related Articles

Back to top button