Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia manfaat dana pembangunan tertinggi dalam kementerian tahun ini – Larry
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) telah disenarai sebagai agensi pendahulu di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi yang telah menggunakan peratusan dana pembangunan tertinggi pada tahun 2023.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Pengerusi MTIB, Datuk Larry Sng Wei Shien berkata MTIB telah disenaraikan sebagai agensi terkemuka di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi yang telah menggunakan peratusan tertinggi pembiayaan pembangunan untuk tahun ini.
“Kita telah menyerahkan laporan audit tepat pada masanya, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya.
“Ahli Lembaga Pengarah MTIB juga telah kagum dengan tahap ketelusan dalam pelaporan,” katanya.
Larry yang juga Ahli Parlimen Julau telah dilantik untuk menerajui MTIB sejak sembilan bulan yang lalu.
Larry turut merakamkan penghargaannya kepada Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan kakitangan MTIB kerana telah melaksanakan tanggungjawab yang baik dalam organisasi tersebut.
Baca juga: