Semasa

Menteri Wilayah yakin isu pemindahan Kuil Nagamma dapat diselesaikan segera

Isu pemindahan Kuil Nagamma di Sentul sedang diteliti dan akan diselesaikan dengan kadar segera, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya, Dr Zaliha menggesa orang ramai tidak lagi mempolitikkan isu tersebut.

Tambahnya, satu perbincangan khas bersama pihak YTL diketuai Pengarah Eksekutif YTL Land & Development Berhad Datuk Hamidah Bakar berhubung isu itu telah diadakan pada Sabtu bagi membincangkan perkara berkenaan.

BACA LAGI: Dr Zaliha tumpu isu miskin bandar dan penjaja kecil, memajukan Wilayah Persekutuan

“Secara keseluruhannya, saya mendapati perbincangan tersebut merupakan satu perbincangan yang positif dan saya yakin perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.

“Saya akan memastikan perkara ini diselesaikan dengan kadar segera dan menyeru semua pihak agar tidak lagi mempolitikkan isu ini demi kebajikan dan kesejahteraan warga Wilayah Persekutuan,” jelasnya.

Perbincangan itu turut dihadiri Timbalan Menteri Perpaduan K Saraswathy, Ahli Parlimen Batu P Prabakaran, wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan wakil dari pertubuhan Malaysia Hindu Sangam.

Related Articles

Back to top button