Semasa

Dakwaan lapangan terbang sesak dengan pelancong China palsu – Jabatan Imigresen

Jabatan Imigresen menafikan dakwaan berlaku kesesakan di lapangan terbang antarabangsa di negara ini yang berpunca dari kebanjiran pelancong warga China.

Melalui satu kenyataan, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh memaklumkan rakaman tersebut tidak berlaku di lapangan terbang seperti didakwa, sebaliknya merupakan rakaman lama yang berlaku tahun lalu di Dewan Bas, Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Johor Bahru.

Jelasnya, kesesakan dirakam itu merupakan pergerakan masuk rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura semasa pintu masuk negara mula dibuka selepas sekatan pergerakan rentas sempadan akibat COVID-19 ditamatkan.

BACA LAGI: Maklumat palsu memudaratkan perlu campur tangan kerajaan dan kerjasama antarabangsa

“Video itu dirakamkan semasa pergerakan masuk rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.

“Jabatan Imigresen menafikan bahawa rakaman tersebut telah dibuat di lapangan terbang antarabangsa negara,” katanya.

Sementara itu Ruslin turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan sebarang usaha pihak tertentu yang cuba mengelirukan dan membangkitkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Untuk itu orang ramai adalah dinasihatkan tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih.

Related Articles

Back to top button