Sukan

FIFA senaraikan skuad Harimau Selatan tangga ke-11 Asia bagi kelayakan Asia Piala Kelab Dunia FIFA 2025

Johor Darul Ta’zim (JDT) kini berada di tangga ke-11 dalam kelangan pasukan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) apabila menghimpun 38 mata.

Namun skuad Harimau Selatan itu tidak boleh menambah sebarang mata lagi pada musim ini selepas tersingkir daripada Liga Juara-Juara Asia (ACL).

JDT mendapat tonik terbaik untuk mengharungi saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 selepas berpeluang memburu slot ke Piala Dunia Kelab Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) 2025.

Menerusi laman FIFA, badan induk itu menyenaraikan skuad Harimau Selatan sebagai antara pasukan berpotensi untuk bersaing di kancah berprestij itu selepas empat slot diberikan untuk pasukan daripada AFC.

Juara ACL 2023/24 akan turut mendapat slot ke Piala Dunia Kelab FIFA 2025 sementara satu slot lagi mengikut ranking pasukan.

FIFA memaklumkan, mereka menggunakan metodologi dengan piawaian terbaharu bagi memastikan kualiti tertinggi berdasarkan kepada kriteria sukan untuk empat musim terbaharu bermula daripada saingan peringkat kumpulan bagi setiap pertandingan benua.

Tiga mata diberikan untuk kemenangan, satu mata untuk keputusan seri sementara tiga mata lagi jika pasukan terbabit berjaya melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Bagi format pertandingan, saingan peringkat kumpulan akan menampilkan lapan kumpulan dengan empat pasukan yang akan berentap dengan format ’round robin’.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke pusingan 16 dan hanya satu perlawanan akan berlangsung bermula peringkat kalah mati sehinggalah ke final.

Bagi pembahagian slot, Eropah mendapat slot terbanyak dengan 12 pasukan diikuti Amerika Selatan (enam pasukan), Amerika Utara, Afrika dan Asia (empat pasukan) sementara Oceania dengan satu slot.

Sebagai rekod, Piala Dunia Kelab FIFA 2025 akan menampilkan 32 pasukan buat kali pertama dan akan berlangsung di Amerika Syarikat.

Daripada empat slot terbabit, tiga slot akan diisi oleh juara Asia dengan dua slot terbabit sudah menjadi milik juara edisi 2021, Al-Hilal dan juara edisi 2022, Urawa Red Diamonds.

Baca lagi:

Related Articles

Back to top button