Semasa

Jangkitan COVID-19 dijangka menurun, orang awam digesa terus amal SOP

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menganjurkan berlaku penurunan jangkitan COVID-19 bermula bulan hadapan.

Pada ucapan penggulungan di Konvensyen Amanah Nasional 2023 di Wyndham Hotel,Klang pada Ahad beliau berkata, ia berdasarkan data dan pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kita mengira kadar keseriusan kes Covid-19 mengambil kira empat faktor, iaitu jumlah kes, jumlah kematian, jumlah pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dan kemampuan fasiliti awam menampung keseluruhan pesakit Covid-19.

“Setakat ini, semua masih terkawal justeru orang ramai tidak perlu bimbang dengan situasi ketika ini,” katanya sambil memaklumkan jumlah kes jangkitan sepanjang minggu ini sebagai tidak terlalu tinggi.

BACA LAGI: KKM laksana 5 strategi kekang penularan COVID-19

Sementara itu Dzulkefly menambah, KKM akan terus memantau sistem amaran awal (HAS) dan bukti saintifik lain bagi mengambil sebarang langkah baharu bagi mengurangkan jumlah kes.

“Kita bukan lagi dalam ‘Covid War’, sebaliknya berada daripada fasa pandemik ke endemik. Kita mempunyai sistem yang sistematik yang bukan sekadar melihat pada angka,” ujarnya Pengarah Strategik Parti Amanah Negara (Amanah) itu.

Beliau sementara itu terus menasihatkan orang ramai untuk mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang diperkenalkan sebelum ini.

Related Articles

Back to top button