Politik

Mohamad Sabu kekal Presiden Amanah bagi penggal terakhir

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu kekal sebagai Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) bagi penggal 2023-2026.

Pada pemilihan kepimpinan parti itu yanng diadakan di Wyndham Hotel,Klang pada Ahad, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa dipilih menjawat jawatan Timbalan Presiden apabila mendapat 699 undian.

Manakala untuk Naib Presiden, tiga ahli telah dipilih, iaitu Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, bekas Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud dan Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari mengisi jawatan itu.

BACA LAGI: AMANAH desak kerajaan sekat pemikiran takfiri yang berbahaya

Berdasarkan Perlembagaan parti itu, kedudukan lima jawatan tertinggi termasuk presiden ditentukan secara konsensus oleh 27 pimpinan tertinggi yang akan dipilih oleh perwakilan.

Seseorang individu juga hanya boleh menjadi presiden selama tiga penggal berturut-turut sekaligus menjadikan ini penggal terakhir bagi Mohamad Sabu yang juga Ahli Parlimen Kota Raja menerajui parti serpihan Pas tersebut.

Secara keseluruhan, seramai 1,008 perwakilan mengundi secara dalam talian atau e-voting bagi memilih speaker, timbalan speaker dan 27 jawatankuasa pimpinan Amanah bagi sesi kali ini.

Related Articles

Back to top button