Global

Sistem kesihatan Gaza musnah sepenuhnya – WHO

Sistem kesihatan di Gaza kini musnah sepenuhnya dan diibaratkan sebagai satu tragedi.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata agensi itu mengulangi desakan supaya gencatan senjata dilaksanakan segera.

Agensi kesihatan di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) itu berkali-kali sebelum ini menyuarakan kebimbangan akan keadaan penjagaan kesihatan di Gaza sejak perang paling berdarah di Gaza tercetus pada 7 Oktober lalu.

Beliau tetap memuji petugas perubatan yang terus cekal mencurahkan khidmat walaupun berdepan keadaan serba kekurangan.

Fasiliti kesihatan itu di Gaza berulang kali mengalami serangan tentera rejim Zionis meskipun ia tertakluk dalam perlindungan di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Setakat 20 Disember lalu, 246 serangan ke atas penjagaan kesihatan direkodkan mengakibatkan 582 kematian dan 748 mangsa cedera. – Reuters

Baca juga:

Related Articles

Back to top button