Negeri

Temerloh bakal jadi hub permotoran negeri Pahang – Wan Rosdy

Kerajaan Negeri Pahang bersetuju menjadikan Daerah Temerloh sebagai hub permotoran di Pahang.

Menteri Besar , Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkar aitu telah dipersetujui secara dasar dan kerajaan negeri akan memperhalusi pelaksanaannya.

“Kalau tiada masalah, ada tapak untuk buat projek litar dan sebagainya kita akan laksanakan, tetapi kena ada kajian serta perbincangan lanjut selain perlu lalui proses tertentu.

“Buah masa ini, daerah Temerloh sebagai titik tengah Semenanjung dilihat sesuai untuk dijadikan hab permotoran termasuk membina litar untuk aktiviti tersebut,” katanya

Wan Rosdy berkata begitu kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penutup Karnival Permotoran 2 Roda Temerloh 2023 di Dataran Temerloh pada Ahad.

BACA LAGI: PM Anwar lepas peserta RFC, imbau pelancaran sulung 26 tahun lalu

Karnival yang berlangsung selama dua hari itu telah bermula Sabtu mendapat sambutan yang baik apabila merekodkan lebih 15,000 kehadiran pengunjung.

Ia diadakan bagi mengumpulkan peminat dunia permotoran di samping memberi kesedaran tentang keselamatan jalan raya kepada golongan muda selain dapat merancakkan ekonomi setempat dan mempromosikan eko-pelancongan Daerah Temerloh

Justeru, Wan Rosdy mencadangkan program itu diteruskan pada tahun hadapan dan kerajaan negeri sedia memberi sokongan kepada acara yang melibatkan golongan muda negeri itu.

“Program ini kita akan jadikan acara tahunan di Temerloh dan dalam masa sama saya minta ia turut dilaksanakan di daerah lain kerana mendapat sambutan…program ini dapat mewujudkan silaturahim dalam kalangan mereka (golongan muda),” katanya yang turut bersetuju menambah peruntukan program kepada RM100,000 pada tahun hadapan.

Sementara itu beliau turut menegaskan, kerajaan negeri sentiasa cakna dan peka terhadap golongan muda, misalnya Belanjawan Pahang 2024 telah memperuntukkan sebanyak RM720,000 iaitu RM200 seorang bagi membantu anak Pahang berusia 18 hingga 21 tahun mengambil lesen memandu.

“Saya juga ingin nasihatkan supaya orang muda ambil lesen dan memandu secara berhemah serta berdisiplin di jalan raya,” katanya.

Related Articles

Back to top button