Semasa

Datuk Lat terima Anugerah Cai Zhizhong Comic Prize

Seniman Diraja Datuk Lat menerima Anugerah Cai Zhizhong Comic Prize pada majlis Anugerah Cai Zhizhong Comic Price Ke-3 yang berlangsung di Guangzhou, China, Jumaat lepas.

Lat atau nama sebenarnya Mohd Nor Khalid, 72 tahun berkata, beliau berasa bangga dengan pengiktirafan oleh jawatankuasa anugerah itu melibatkan beberapa pengkarya terkenal daripada pelbagai cabang kesenian di China.

“Saya bangga kerana kita mewakili negara kita, lagipun hubungan antara China dan Malaysia sekarang sangat baik, kebanyakannya melibatkan perniagaan,” katanya dipetik laporan Bernama.

Melalui surat jemputan pihak jawatankuasa penganjur Cai Zhizhong Comic Prize yang dikongsikan oleh Lat menyatakan gaya karya seni beliau yang unik telah menarik jutaan pembaca dari seluruh dunia, termasuk China.

BACA LAGI: Pelawak Mat Sentol diberi Anugerah Kehormat Permata Dunia MMU

“Selepas penilaian oleh jawatankuasa pakar, sukacita kami memaklumkan bahawa jawatankuasa memutuskan untuk menganugerahkan Anugerah Cai Zhizhong Prize kepada anda (Datuk Lat).

“Kami berharap anugerah ini mampu menzahirkan penghormatan tertinggi terhadap pencapaian hebat dan dedikasi anda dalam industri komik,” menurut surat berkenaan

Lat sementara itu mengesahkan beliau merupakan peserta tunggal dari luar China dalam majlis anugerah kali ini,

beliau turut dipelawa untuk melibatkan diri dalam pemilihan karyawan pada masa hadapan, namun memaklumkan kepada jawatankuasa anugerah itu bahawa beliau tidak begitu aktif pada usianya ketika ini.

Related Articles

Back to top button