MB Negeri Sembilan beri penghormatan terakhir kepada bekas Ahli Parlimen Seremban, John Fernandez
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada bekas Ahli Parlimen Seremban, John Fernandez yang meninggal dunia.
Mendiang pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rasah dari 1974 hingga 1978 dan juga sebagai Ahli Parlimen Seremban untuk satu penggal pada 2008.
Aminuddin berkata, mendiang yang berkhidmat pada tahun 2008 hingga 2013 adalah pada masa yang sama beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Sikamat buat kali pertama.
“Susah senang saya bersama beliau menyantuni rakyat Sikamat yang berada di bawah Parlimen Seremban menjadikan persahabatan saya begitu akrab dengannya.
“Semoga ahli keluarga mendiang kekal tabah menghadapi dugaan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya.
John Fernandez meninggal dunia pada usia 82 tahun disebabkan sakit tua.
Mendiang merupakan antara pengasas awal parti DAP bersama Lim Kit Siang, mendiang Devan Nair dan beberapa yang lain pada 1966.
Mendiang meninggalkan seorang isteri, Rose Ng dan empat orang anak.
Baca juga: