Uncategorized

MBSJ siap 80 peratus kerja pemasangan cerucuk di kawasan tanah runtuh Taman Wawasan

Fasa pertama kerja pemasangan cerucuk di kawasan tanah runtuh di Taman Wawasan, Puchong telah mencapai tahap 80 peratus siap.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim memaklumkan sebanyak 375 batang cerucuk dipasang untuk proses pengukuhan tanah dan ia memfokuskan kawasan hadapan rumah penduduk dan bahagian longkang.

“Sejurus fasa pertama selesai, kita akan teruskan fasa kedua dengan memasang 400 batang cerucuk di sepanjang jajaran kiri dan kanan longkang.

“Secara keseluruhan, fasa pertama ialah proses pengukuhan tanah di kawasan perumahan manakala fasa kedua pula pengalihan air sementara di kawasan longkang yang rosak dan runtuh,” katanya dipetik laporan Selangorkini.

BACA LAGI: Klang dinaik taraf berstatus bandar raya

Sabtu lalu, 29 penghuni di sembilan rumah teres kawasan berkenaan diarah berpindah atas faktor keselamatan, susulan kejadian tanah runtuh berhampiran kediaman mereka.

Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Wawasan 3/9 dan 3/14 kira-kira 7.30 malam itu turut menyebabkan empat kenderaan tertimbus namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sementara itu Mohd Fauzi turut memaklumkan proses pemasangan cerucuk sebagai tindakan awalan dan segera bagi menahan runtuhan berikutnya berlaku sebelum kerja untuk memulihkan cerun yang telah runtuh dijalankan.

Related Articles

Back to top button