GlobalSemasa

Resolusi UNSC terhadap Israel gagal – Mapim

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyifatkan resolusi Jeda Kemanusiaan di Gaza oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNSC) sebagai gagal.

Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya merasa kesal apabila tentera rejim Israel terus meningkatkan serangan terhadap penduduk awam Palestin walaupun resolusi itu telah diluluskan baru-baru ini.

Tambahnya, apa yang berlaku hanya menunjukkan resolusi oleh UNSC itu tidak tegas dan gagal menangani isu utama iaitu sikap Israel yang terus melanggar undang-undang antarabangsa.

BACA LAGI: Mapim berdiri teguh dibelakang PM Anwar pertahan Palestin

“Malah sehari selepas resolusi itu diluluskan, Kementerian Kesihatan di Gaza berkata 166 warga Palestin terkorban, 384 cedera dalam serangan Israel dalam 24 jam lepas.

“Resolusi itu tidak bermakna jika serangan Israel tidak dinoktahkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada Jumaat lepas UNSC meluluskan satu resolusi agar akses kepada bantuan kemanusiaan ke Gaza dipercepatkan, dijamin selamat dan diperluaskan serta mewujudkan suasana sesuai bagi menghentikan kekejaman.

Sementara itu tambah Mohd Azmi, walaupun resolusi ini mengikat dari segi undang-undang antarabangsa, banyak resolusi Majlis Keselamatan yang mengikat dari segi undang-undang antarabangsa tidak dipatuhi Israel.

Related Articles

Back to top button