Semasa

Isteri A Samad Said, Salmi Manja meninggal dunia

Isteri kepada Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, Datin Seri Saleha Abdul Rashid dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Subang Jaya pada Selasa susulan sakit tua.

Berita pemergian Saleha,86, yang turut dikenali sebagai Salmi Manja itu disahkan sendiri anaknya, Helmy Samad.

Melalui perkongsian di laman Facebooknya, Helmy turut memaklumkan jenazah dikebumuikan di Tanah Perkuburan USJ22, Petaling Jaya malam tadi.

Selain dikenali sebagai isteri kepada Sasterawan Negara, Allahyarham sendiri merupakan bekas wartawan, penulis veteran, penyair dan novelis dalam kalangan pengarang wanita di Malaysia

Beliau banyak mencetuskan kesedaran menuntut keadilan sosial dan kebebasan hak wanita serta keislaman.

Merupakan ahli Angkatan Sasterawan ’50 (ASAS 50), karya novel Allahyarham Saleha seperti Hari Mana Bulan Mana dan Sayang Ustazah Sayang selain beberapa novel lain, antologi cerpen dan antologi puisi.

Allahyarham meninggalkan empat anak dan 11 cucu.

Related Articles

Back to top button