Semasa

Isu kekurangan diesel: KPDN Sarawak tunggu kenyataan rasmi Petronas

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) masih menunggu kenyataan rasmi daripada Petronas Dagangan Berhad berhubung isu kekurangan bekalan diesel di stesen minyak syarikat itu di Sarawak.

“KPDN Sarawak masih menunggu kenyataan rasmi daripada pihak Petronas Dagangan Berhad berhubung isu putus bekalan diesel yang berlaku di hampir kesemua stesen minyak miliknya di Sabah dan Sarawak,” kata KPDN Sarawak dalam kenyataan.

BACA LAGI: KPDN nafi dakwaan subsidi diesel dimansuhkan mulai Januari depan

Ia sebagai respons kepada kenyataan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen mendakwa terdapat kekurangan diesel di Sarawak sejak dua minggu kebelakangan ekoran kuota bahan api bersubsidi yang ditetapkan bagi setiap negeri.

Susulan itu beliau mahu kerajaan campur tangan dalam menangani kekurangan diesel semasa di negeri itu.

Sementara itu KPDN Sarawak dalam kenyataan menjelaskan, Sarawak melalui Bahagian Penguat Kuasa sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan ke atas semua stesen minyak.

KPDN turut menggesa orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan penyelewengan bahan api diesel boleh menyalurkan maklumat lengkap untuk tindakan lanjut.

Related Articles

Back to top button