Semasa

Usaha pupuk semangat muafakat perlu bermula di rumah – Bryan Ng

Pengarah Strategi Angkatan Muda Keadilan (AMK) mencadangkan agar usaha memupuk semangat muafakat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini bermula dari rumah

Bryan Ng Yih Miin berkata, ibu bapa memainkan peranan penting kerana anak-anak lazimnya mencontohi dan mempelajari setiap amalan serta percakapan yang ditunjukkan oleh orang tua mereka.

“…Kena mula dari rumah, ibu bapa sendiri kena ada kesedaran bahawa anak-anak mereka adalah seperti kertas putih, mereka belajar dari sekolah, kawan-kawan, tetapi yang paling memberi kesan kepada mereka adalah ibu bapa sendiri.

“Ibu bapa kena pertahankan kesejahteraan dan keamanan negara untuk masa depan anak-anak dan tidak boleh memainkan isu yang berbaur perkauman, kita kena beri kesedaran (kepada anak-anak) bahawa perkara ini tidak baik dan tidak boleh diteruskan,” katanya.

Bryan Ng melontar pendapat itu ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara bertajuk ‘Semai Perpaduan, Kekal Keharmonian’ terbitan Bernama TV.

BACA LAGI: AMK lancar Akademi Keadilan Rakyat, usaha lahir pemimpin berkualiti

Pada program itu, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan anasir negatif yang dimainkan oleh sesetengah pihak, terutamanya kumpulan laskar siber yang kerap mengetengahkan isu agama dan perkauman di laman maya.

“Kita kena ingatkan diri, jangan mudah terikut-ikut kumpulan macam ini. Sekiranya ada sebarang siaran yang berbaur elemen agama atau perkauman, jangan terlalu cepat kongsi, fikir dulu. Tanya diri sendiri, adakah yang diperkatakan itu benar,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button