Semasa

ICQS Rantau Panjang beroperasi semula selepas ditutup akibat banjir

Operasi di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang yang ditutup buat sementara waktu pada Selasa lalu akibat banjir telah kembali beroperasi semula.

Bahagian Perancangan Strategik dan Khidmat Korporat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berkata, ICQS Rantau itu dibuka semula secara rasmi hari ini.

“Bermula hari ini, ICQS Rantau Panjang beroperasi semula,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Pembukaan semula operasi itu akan memudahkan urusan keluar masuk ke negara ini atau negara jiran.

Sebelum ini, urusan itu hanya boleh dilakukan di ICQS Bukit Bunga (Jeli) dan Pengkalan Kubor (Tumpat).

Terdahulu, dilaporkan ratusan orang ramai yang baru keluar dari Thailand terperangkap di hadapan Kompleks ICQS Rantau Panjang selepas laluan keluar dinaiki air hampir satu meter pada Selasa.

Susulan itu, kebanyakan mangsa terpaksa menumpang kenderaan berat seperti lori ataupun menunggu kenderaan agensi penyelamat disebabkan arus deras.

Baca juga:

Related Articles

Back to top button