Semasa

Kerajaan Johor peruntukkan RM8.4 juta untuk baik pulih asrama pelajar di Mesir

Kerajaan negeri Johor memperuntukkan sejumlah RM8.4 juta bagi membaik pulih dua buah asrama pelajar negeri itu di Kaherah, Mesir.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid memaklumkan, usaha membaik pulih asrama itu bertujuan untuk memberikan suasana lebih kondusif kepada 250 pelajar Johor.

“Bangunan asrama di Rabaah bakal menempatkan seramai 154 pelajar manakala asrama tiga tingkat di Hayyu Thamin boleh dimanfaatkan oleh 96 pelajar. Asrama di Hayyu Thamin itu dilengkapi dengan sebuah rumah pegawai dan tetamu, dewan, surau serta ruangan santai di bahagian atas bumbung.

“Kemudahan itu diharap digunakan sebaiknya dan dapat memberi keselesaan serta perlindungan kepada pelajar Johor yang berada di negara berkenaan,” katanya.

BACA LAGI: Karnival RAHMAH Kasih Sayang Bangsa Johor meriah, tawar potongan harga buat pengguna

Beliau sebelumnya menyempurnakan Majlis Penyerahan Bangunan Asrama Pelajar Johor pasca baik pulih di Kaherah, Mesir.

Difahamkan, sebelum ini, pelajar terbabit terpaksa menginap di rumah sewa yang kurang selesa.

Mohd. Fared sementara itu menyatakan harapan agar para pelajar dapat menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin dengan belajar secara tekun dan menggunakan kemudahan itu sebaiknya

Related Articles

Back to top button