Negeri

RM6 juta diluluskan untuk atasi banjir termenung di Rantau Panjang

Pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan segera berjumlah RM6 juta bagi kerja-kerja baikpulih kerosakan bentang dan membina terowong air di Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.

Pada sidang media selepas menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SMK) Agama Lati, di Pasir Mas pada Khamis Anwar berkata, peruntukan itu bagi meredakan tekanan banjir di Rantau Panjang setiap kali musim monsun.

Daripada jumlah itu jelasnya, RM2 juta bakal digunakan bagi membaik pulih benteng PLSB yang pecah ekoran peningkatan paras air Sungai Golok.

“Baki selebihnya daripada peruntukan itu akan digunakan bagi membina terowong air di dua lagi lokasi yang berbeza,” jelas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

Turut hadir pada sidang media itu adalah Menteri Besar Kelantan. Datuk Mohd. Nassuruddin Daud dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pada Selasa benteng PLSB di Kampung Lanchang mengalami pecah selebar 20 meter dipercayai akibat arus deras.

BACA LAGI: NRES bakal ubah suai struktur PLSB, tangani isu banjir termenung

Penduduk pula dilapor sudah meminta supaya clebih banyak terowong air di projek Lemba­ngan Sungai Bersepadu (PLSB) Su­ngai Golok diwujudkan bagi mengatasi masalah banjir termenung yang melanda 10 kampung setiap kali musim tengkujuh.

Selain mendakwa berdepan masalah penyakit kulit apabila terpaksa mengharungi banjir termenung setiap mahu pulang untuk melihat keadaan rumah, mereka juga terpaksa tinggal lebih lama di PPS yang menyebabkan rasa tidak selesa.

Penduduk juga menegaskan jika tiada usaha segera mengatasi isu tersebut, berkemungkinan besar lebih banyak kesulitan yang terpaksa ditanggung oleh penduduk.

Related Articles

Back to top button