Semasa

Anwar umum lulus RM50 juta, bantu rakyat Kelantan terjejas banjir

Kerajaan Perpaduan memperuntukkan RM50 juta bagi membantu mangsa banjir di Kelantan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia merupakan peruntukan awal kepada mangsa terjejas dan setiap ketua isi rumah (KIR) akan menerima bantuan sebanyak RM1,000.

“Setakat ini, kita luluskan peruntukan melalui Nadma sebanyak RM50 juta yang akan diagihkan terus kepada penduduk atau keluarga terlibat. Memang RM1,000 untuk satu keluarga.

“Peruntukan tambahan akan diberikan selepas kita mengenalpasti kerosakan dan kerugian yang disahkan oleh pegawai-pegawai bertugas,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat dan menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati, di Pasir Mas pada Khamis.

BACA LAGI: KDN gerak anggota, aset ke kawasan terjejas banjir

Terdahulu Anwar mengadakan lawatan ke negeri itu bagi meninjau sendiri situasi banjir. Beliau diiringi Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Sementara itu, Anwar ketika menyentuh mengenai situasi banjir itu mengakui tidak semua masalah berkaitan banjir dapat diselesaikan, tetapi ada hal-hal tertentu yang patut disegerakan.

Namun jelasnya, ketika ini adalah lebih penting untuk langkah-langkah untuk meredakan tekanan penduduk akibat banjir.

Related Articles

Back to top button