Semasa

Kerajaan Perpaduan beri bantuan untuk rakyat Kelantan walaupun tak bersama pusat

Agensi dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengenal pasti kerosakan rumah mangsa banjir sebelum tindakan sewajarnya dibuat.

Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata kementerian itu mempunyai prosedur tertentu yang perlu dipenuhi sebelum sebarang bantuan dilaksanakan kepada mangsa terjejas.

“Program baik pulih rumah mangsa ini masih lagi berterusan dan belum diumumkan supaya dihentikan.

“Apa yang kita lihat, Kerajaan MADANI sangat memberikan tumpuan dalam perkara seperti ini (bantuan), walaupun Kelantan tidak bersama dalam kerajaan pusat tetapi tetap diberikan tumpuan,” katanya.

Ahli Parlimen Sepang itu ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan dan mendengar taklimat mengenai bencana banjir daripada Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Zainal Madasin di Kota Baharu.

Sebagai rekod, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatanya bagi meninjau situasi banjir di Kelantan pada Khamis mengumumkan peruntukan RM50 juta bagi membantu mangsa banjir di Kelantan.

Jelasnya, peruntukan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) itu merupakan peruntukan awal kepada mangsa terjejas dan setiap ketua isi rumah (KIR) akan menerima bantuan sebanyak RM1,000.

BACA LAGI: Anwar umum lulus RM50 juta, bantu rakyat Kelantan terjejas banjir

Sementara peruntukan tambahan akan diberikan selepas kerosakan dan kerugian dikenalpasti dan disahkan agensi terbabit.

Sementara itu, Aiman Athirah memaklumkan, sebanyak 495 anggota Pasukan Gerak Cepat (Red Team) daripada pasukan JBPM bersedia bagi penugasan membantu mangsa sepanjang musim Monsun Timur Laut di Semenanjung.

“Pasukan ini sentiasa bersedia untuk membantu mangsa banjir dengan segera kerana mereka mempunyai kelengkapan logistik termasuk lori dan bot, di samping turut dibantu pegawai dan anggota bomba serta anggota penyelamat yang lain,“ jelasnya.

Related Articles

Back to top button