Semasa

Solidariti kepada Palestin, tiada sambutan ambang tahun baharu peringkat Persekutuan

Sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin, Kerajaan Perpaduan tidak membuat sebarang perancangan untuk mengadakan sambutan Ambang Tahun Baharu 2024.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata ia sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin, keputusan itu juga sebagai menghormati kesusahan dialami mangsa banjir di beberapa negeri.

“Di peringkat kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan mungkin diadakan program sambutan yang bersesuaian dengan keadaan setempat,” kata beliau yang juga jurucakap bagi kerajaan.

Fahmi ditemui pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) di Shah Alam malam tadi.

BACA LAGI: JAKIM anjur program kerohanian sambut tahun baharu masihi 2024

Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dilapor akan menganjurkan Program Kerohanian Ambang Tahun Baharu 2024 pada Ahad ini di Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zain

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff, berkata pelbagai aktiviti kerohanian bakal diadakan di masjid terbabit sempena program itu, termasuk bacaan Surah Yasin, majlis zikir dan doa selamat di Masjid Negara.

Program Kerohanian Ambang Tahun Baharu 2024 akan diteruskan pada Isnin ini dengan acara Qiamullail Tahun Baharu, solat subuh berjemaah, dan Ceramah Khas Subuh 4 GAZA yang dijadual disampaikan oleh aktivis Palestin, Dr Abdelrahman Ibrahim.

Related Articles

Back to top button