hiburan

Filem drama sejarah negara, ‘Pagari Bulan’ raih Filem Cereka Terbaik di Festival Filem Asia

Filem Pagari Bulan berjaya meraih Filem Cereka Terbaik di Festival Filem Asia di Mumbai pada 21 Disember lepas.

Festival yang berlangsung pada Mei dan Disember itu dilaksana secara dalam talian.

Menurut Pengarahnya, Raja Mukhriz Raja Ahmad, pihaknya telah melakukan yang terbaik untuk menghasilkan karya berkualiti setanding peringkat antarabangsa.

“Memang gembiralah terutama Penerbit, Sharifah Shahora. Selain itu, pemilihan sebagai filem terbaik untuk festival ini mungkin berdasarkan tema pemerkasaan wanita, mungkin juga antaranya satu perkara yang tidak biasa difilemkan,” katanya memetik laporan Berita RTM.

Sementara itu, Penulis Skrip, Siti Jasmina Ibrahim berkata, beliau bersyukur atas kejayaan Pagari Bulan yang mendapat pengiktirafan berkenaan.

“Saya bersyukur dan gembira sebab saya tengok prosesnya dari awal hingga selesainya filem ini.

“Saya tahu betapa susahya untuk menghasilkan sehabis baik filem itu,” katanya.

Filem Pagari Bulan yang menerima dana filem kenegaraan bernilai RM2.5 juta, berkisar Bulan lakonan Nazeera Sardi, iaitu anak sulung pengusaha tanaman dan pemburu dikenali sebagai Ismail dan isterinya, Hasnah, berdepan tentera Jepun yang menawan Kelantan pada 1941.

Related Articles

Back to top button