NegeriSemasa

Kerajaan PAS Kelantan ucap terima kasih kepada PM Anwar

Kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan penyaluran wang ihsan berjumlah RM177.96 juta kepada Kelantan.

Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud melalui satu kenyataan berkata, ia telah menjadikan jumlah keseluruhan wang ihsan diterima negeri itu daripada pentadbiran Anwar berjumlah RM217.96 juta bagi tahun 2023.

Melalui kenyataan sama, Mohd Nassuruddin turut menyambut baik pengumuman Anwar berkaitan kelulusan peruntukan segera bagi membina benteng sementara bagi PLSB Sungai Golok di Rantau Panjang bernilai RM6 juta semasa lawatannya bagi meninjau situasi banjir di negeri itu baru-baru ini.

BACA LAGI: RM6 juta diluluskan untuk atasi banjir termenung di Rantau Panjang
BACA LAGI: Anwar umum lulus RM50 juta, bantu rakyat Kelantan terjejas banjir
BACA LAGI: Peruntukan hampir RM1 bilion untuk Kelantan, PM Anwar serius atasi masalah banjir

Beliau menyatakan keyakinan bahawa budaya politik tanpa pilih kasih diamalkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu akan memberi manfaat kepada rakyat Kelantan.

“Kerajaan Negeri yakin pengumuman tersebut akan memberi manfaat demi kesejahteraan rakyat negeri Kelantan.

“Ia juga sekali gus memperkukuhkan semangat federalisme di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan selari dengan Budaya Politik Matang Dan Sejahtera,” katanya.

Untuk rekod pada lawatannya, Anwar bukan sahaja mengumumkan peruntukan segera RM6 juta bagi naik taraf PLSB untuk mengatasi isu banjir termenung di Rantau Panjang.

Beliau yang juga Menteri Kewangan turut meluluskan RM 50 juta bagi membantu rakyat Kelantan yang terjejas dengan setiap ketua isi rumah (KIR) akan menerima bantuan sebanyak RM1,000

Turut diumumkan adalam lima projek baharu tebatan banjir di Kelantan bernilai RM910.52 juta yang akan dimulakan pada tahun 2024.

Related Articles

Back to top button