Politik

2024 peluang Malaysia amal politik Rahmah, tolak politik toksid – bekas menteri

Seorang bekas menteri memberi amaran negara akan akan terus bergelut untuk mengatasi isu 3R (agama, bangsa dan institusi Diraja) sekiranya ia tidak ditangani sewajarnya.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, sewajarnya tahun 2024 perlu dijadikan peluang bagi semua pihak membulatkan azam untuk memerangi pencetus 3R yang hanya membawa perbalahan.

“Generasi muda perlu diimbangkan pendedahan kepada toksik 3R ini dengan membudayakan ilmu yang sahih dan amalan berfikir yang rasional lagi bersifat Rahmah.

“Untuk itu perjuangan politik Rahmah perlu diteruskan dan Madani perlu diakarumbikan,” kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu dalam satu kenyataan pada Isnin.

BACA LAGI: AMK mahu tubuh unit khas pantau naratif 3R di media sosial

Mengulas lanjut, Dr Mujahid turut menggesa rakyat menolak politik toksik yang menggugat kestabilan dengan cara yang jijik lagi memualkan.

Negara jelasnya memerlukan kepimpinan yang pandai mengharungi ketidaktentuan dan tajam penglihatannya menembusi di sebalik keceramukan ini.

“Hentikan bersama amalan membeli kuasa dengan taburan duit dan habuan jawatan melalui rakyat menolak pemimpin dan parti yang ‘sakit’ ini.

“Hentikan toksik fitnah dalam mengejar cita-cita politik, gunakanlah politik beradab dan bukan memberi alasan adat berpolitik,” katanya sambil mengajak semua pihak meraikan tahun baharu dengan penuh optimisme.

Related Articles

Back to top button