Semasa

Dr Zaliha tekad tangani isu bebani warga kota

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa tekad untuk memastikan isu-isu yang membebani warga kota sejak sekian lama dapat ditangani.

Dr Zaliha menerusi catatan di Facebooknya berkata, ia bagi meningkatkan kualiti kehidupan warganya.

Antaranya isu tersebut adalah melibatkan kebersihan dan keselamatan di sekitar Masjid Jamek dan kawasan River of Life, isu gelandangan serta pendatang tanpa izin di Jalan Silang dan beberapa jalan utama di ibu negara.

BACA LAGI: Dr Zaliha arah DBKL tingkat pemantauan, benteras ‘ulat parkir’

Terdahulu, beliau mengadakan tinjauan kawasan sekitar Kuala Lumpur bagi memahami sendiri isu-isu dan permasalahan setempat yang boleh ditambah baik dan diselesaikan.

Dalam tinjuan itu, beliau turut mengambil kesempatan mendengar sendiri pandangan dan keluhan peniaga di sekitar Kuala Lumpur.

“Insya-Allah, kita akan bersama-sama berganding bahu bagi meningkatkan kualiti kehidupan warga Kuala Lumpur dan menangani isu-isu legasi yang perlu dinoktahkan segera,” katanya.

Related Articles

Back to top button