Anwar

PADU dapat elak ketirisan pemberian subsidi, rakyat berhak nikmati manfaat – PM Anwar

Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang diluncurkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mampu mengelakkan ketirisan dalam pemberian bantuan dan subsidi.

Anwar optimis melalui sistem PADU, rakyat Malaysia yang berhak akan menikmati manfaat dan kemudahan yang disediakan kerajaan.

Menurutnya, penyasaran subsidi tanpa pendekatan digital seperti sistem PADU akan menyebabkan golongan ‘maha kaya’ mendapat manfaat daripada peruntukan subsidi yang diberikan oleh kerajaan.

“Dalam semua kajian menyatakan tidak sampai sepenuhnya (bantuan subsidi) kepada kumpulan sasar.

“Subsidi yang diberikan kerajaan diperkirakan (dalam) nilai ringgit, sekarang itu mencecah RM80 bilion dan tidak mungkin (kerajaan) bertahan menguruskan kewangan belanjawan negara kalau hal-hal ini tidak dapat diperbaiki.

“RM80 bilion itu, kalau sampai semua kepada rakyat, satu hal tetapi seperti mana kita tahu 3.5 juta bukan warganegara juga memperoleh manfaat yang tentunya jika dikumpulkan (nilai itu) mencecah RM10 bilion,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran PADUN di Perdana Hall, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Tambah Anwar, PADU bukan sekadar untuk menjamin penyaluran subsidi sampai kepada golongan sasar tetapi juga menunjukkan keupayaan negara dan penyertaan masyarakat secara keseluruhan dalam transformasi digital.

Dalam masa sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan juga mahu isu kesenjangan dapat dikurangkan dengan memastikan golongan miskin bandar dan pedalaman tidak tercicir daripada menerima manfaat transformasi berkenaan.

Related Articles

Back to top button