Politik

Puteri UMNO bidas tindakan pihak terdesak mahu tumbangkan kerajaan

Pergerakan Puteri UMNO Malaysia membidas sikap terdesak Ahli Parlimen yang sibuk mahu menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Ketuanya Datuk Nurul Amal Mohd. Fauzi berkata, mereka perlu menghentikan niat tersebut, sebaliknya fokus kepada menjaga kebajikan rakyat di kawasan yang diwakili mereka,

Nurul Amal menegaskan, gerakan menukar kerajaan secara ‘tebuk atap’ hanya mengundang kepada ketidakstabilan politik secara berterusan hanya akan merugikan rakyat dan memberikan kesan buruk kepada negara.

“Politik negara menjadi tidak stabil sejak tahun 2018 lagi. Bila keadaan itu berlaku, rakyat akan turut terkesan dengan situasi tersebut.

“Kesannya, rakyat sudah muak dengan politik kerana ia tidak stabil. Bagi saya, tidak kira apa langkah pun, eloklah tumpu pada soal menjaga rakyat,” katanya.

BACA LAGI: Cubaan ‘Langkah Dubai’ untuk guling pentadbiran PM Anwar giat berlangsung, dakwa J-KOM

Beliau sebelumnya diminta mengulas ‘Langkah Dubai’ yang difahamkan dirancang bagi gulingkan Kerajaan Perpaduan dibawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Nurul Amal mengesa rakyat bersikap matang dan membuat penilaian terhadap kumpulan tersebut yang ‘kemaruk’ kepada kuasa sebaliknya mengabaikan soal kebajikan penduduk.

Katanya, rakyat wajar menolak golongan itu pada pilihan raya akan datang.

Related Articles

Back to top button