Semasa

PADU mudahkan kerajaan rangka dasar sesuai bantu rakyat – Fahmi

Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) boleh digunakan tanpa ragu-ragu terhadap tahap keselamatan data peribadi mereka, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil .

Bercakap kepada pemberita, beliau yang juga jurucakap bagi Kerajaan Perpaduan menegaskan, pembangunan sistem tersebut yang turut melibatkan beberapa entiti penting seperti Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), CyberSecurity Malaysia dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP).

Penglibatan entiti itu jelasnya menunjukkan aspek keselamatan siber terhadap sistem itu dititikberatkan kerajaan.

“JPDP adalah jabatan yang sangat proaktif untuk pastikan cara simpanan data itu tertib dan ikut undang-undang, gerak kerja mereka sangat rapi.

“Saya rasa rakyat Malaysia boleh menggunakan sistem PADU tanpa was-was, tanpa ragu-ragu dan tanpa sebarang rasa risau terhadap tahap keselamatan data peribadi mereka,” katanya.

BACA LAGI: PADU dapat elak ketirisan pemberian subsidi, rakyat berhak nikmati manfaat – PM Anwar

Tambah Fahmi, pelancaran PADU sebagai ‘pengubah keadaan’ akan menjadi satu anjakan budaya dan memudahkan kerajaan untuk merangka dasar dan gerak kerja bersesuaian terutamanya untuk membantu rakyat.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata PADU turut sependapat dengan Fahmi.

PADU jelasnya merupakan suatu pangakalan data keterhadapan yang akan membantu kerajaan melakukan penjimatan dan memastikan rakyat yang berhak mendapat subsidi.

“Subsidi kita (Malaysia) tersasar suatu ketika dahulu dan harus kembali ke landasan bagi menentukan hanya yang berhak memperoleh subsidi,“ katanya sambil menjelaskan lebih banyak program pembangunan dapat disalurkan melalui penjimatan tersebut.

Related Articles

Back to top button