ekonomi

PM Anwar beri jaminan segerakan skim upah munasabah bagi penjawat awam

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa menegaskan bahawa pentadbiranya akan segera melaksana Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang lebih adil dan munasabah untuk penjawat awam.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, skim tersebut tidak dapat dilaksanakan tahun lepas disebabkan kedudukan kewangan negara ketika itu, selain mewarisi hutang yang tinggi.

“Kita memutuskan untuk menyegerakan pelaksanaan skim upah yang lebih adil dan munasabah kepada penjawat awam, dan saudara harus percaya.

“Kita tidak menyegerakannya pada tahun lepas kerana kita mewarisi kedudukan kewangan dan hutang negara ketika itu masih RM1.5 trilion dan defisit 5.6%,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap melancarkan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya semalam.

BACA LAGI: PM Anwar gesa sektor swasta kaji kadar upah, gaji pekerja

Pada 14 Jul lepas kerajaan bersetuju mengkaji semula sistem saraan perkhidmatan awam dengan mengambil kira peningkatan kos sara hidup dan tiadanya semakan gaji dibuat sejak 2012.

Susulan itu, mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) diadakan pada 7 Ogos lepas bagi membincangkan Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebagai inisiatif pembaharuan dalam perkhidmatan awam.

Dalam Belanjawan 2024, Perdana Menteri mengumumkan pemberian Bayaran Insentif Awal SSPA sebanyak RM2,000 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta bayaran insentif RM1,000 kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.

Related Articles

Back to top button