Sukan

Skuad Harimau Malaya mampu buat kejutan, serius buat latihan menjelang Piala Asia 2023 di Doha

Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon giat menjalani sesi latihan pertama mereka di Qatar University, Doha, Qatar pada Isnin menjelang Piala Asia 2023 di Qatar bermula 12 Januari hingga 10 Februari 2024.

Hari pertama sesi latihan skuad Harimau Malaya turut disaksikan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Bagi saingan Piala Asia 2023 yang akan berlangsung dari 12 Januari hingga 10 Februari 2024, Malaysia dalam Kumpulan E akan bertemu Jordan pada 15 Januari, Bahrain (20 Januari) dan Republik Korea (25 Januari 2024).

Malaysia yang berada dalam Kumpulan E akan bertemu Jordan di Stadium Al Janoub pada Isnin, 15 Januari, Bahrain di Stadium Jassim Bin Hamad pada Sabtu, 20 Januari dan Republik Korea di Stadium Al Janoub pada Khamis, 25 Januari 2024.

Manakala, hari kedua sesi latihan skuad Harimau Malaya turut telah disertai oleh Dion Cools, malam tadi dan kehadiran kapten skuad kebangsaan itu sekali gus melengkapkan senarai 26 pemain yang dibawa ke Piala Asia 2023.

Tonggak pertahanan berusia 27 tahun itu menerusi Instagram semalam memuat naik gambar dia berada dalam pesawat menuju ke Qatar untuk bersama skuad kendalian Pan Gon.

Dia bakal bergandingan bersama beberapa barisan pertahanan negara termasuk Shahrul Saad, Matthew Davies, La’vere Corbin Ong, Dominic Tan dan Khuzaimi Piee yang turut berada dalam skuad.

Benteng skuad negara dijangka berdepan tugas getir apabila akan bertembung dengan pemain berkelas dunia terutama dari Korea Selatan yang turut diundi dalam Kumpulan E.

Related Articles

Back to top button