Semasa

KPKM luaskan program SMART SBB Ala Sekincan – Mohamad Sabu

Penanaman padi di bawah Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan akan diperluas ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak pada tahun ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, langkah itu sebagai sebahagian usaha bagi memastikan keperluan beras tempatan di negara ini dapat dipenuhi selain mengurangkan kebergantungan kepada beras import.

Ia jelasnya bakal dilaksana melalui penerapan teknologi pertanian dan amalan pertanian baik sebagaimana yang dilaksakan pesawah di Sekinchan, Selangor.

“Matlamat utama dari projek ini juga adalah untuk meningkatkan hasil padi dan menambah pendapatan pesawah melalui penerapan teknologi pertanian selain dapat mengurangkan keterlibatan pihak tengah dalam rantai nilai industri padi dan beras,” katanya.

BACA LAGI: KPKM jamin bekalan makanan mencukupi menjelang Ramadhan, Aidilfitri

Program SMART SBB Ala Sekinchan yang kini sedang dilaksanakan di seluruh negara melibatkan hampir 10,000 pesawah dengan keluasan lebih 26,000 hektar.

Program itu menandakan kerjasama strategik antara Kerajaan, industri, dan pesawah.

Beberapa negeri antaranya Sarawak,Sabah, Johor dan Pahang menyambut baik dan telah menunjukkan minat untuk melaksana SMART SBB.

Related Articles

Back to top button