Kenyataan mahu tumbang kerajaan bukti pembangkang kemaruk kuasa
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor disifatkan sebagai pemimpin tidak bertanggungjawab susulan kenyataanya yang mengakui ada usaha untuk menumbangkan Kerajaan Persekutuan.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata Muhammad Sanusi sepatutnya memberi fokus kepada usaha memajukan negeri Kedah yang ditadbirnya.
“Sepatutnya Menteri Besar Kedah ini fokus kepada memajukan Kedah kerana dia sudah diberikan mandat untuk menjadi menteri besar dan patut bagi tumpuan bekerja sebagai menteri besar.
“Bukannya ambil Langkah Chow Kit, Langkah Alor Setar dan sebagainya. Itu orang yang tidak bertanggungjawab,” tegasnya.
Muhammad Sanusi melalui laporan media pada Rabu mengesahkan wujud rancangan di pihak Perikatan Nasional (PN) untuk menumbangkan Kerajaan Persekutuan menerusi proses demokrasi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
Langkah itu katanya dirangka berdasarkan kelompongan Akta Antilompat Parti.
BACA LAGI: Mahfuz dakwa Sanusi cuba alih perhatian rakyat dari isu dihadapinya
Selain Anthone Loke, kenyataan Sanusi turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Sekijang.
Dr Zaliha Mustafa yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menggesa berhenti membuat kenyataan yang dianggap boleh memporak-perandakan politik negara.
akyat.
“Rakyat pun dah muak dengan permainan ni dan rakyat mula nampak yang mereka ni kemaruk kuasa hingga sanggup guna apa cara sekalipun untuk jadi kerajaan,” katanya dipetik.