Semasa

Malaysia lakar sejarah, jadi negara Asia Pasifik pertama jalankan ujian klinikal lapangan FIH

Malaysia melakar sejarah apabila muncul sebagai negara pertama di rantau Asia Pasifik yang bakal melakukan ujian klinikal lapangan First-in-Human (FIH).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ia adalah hasil kerjasama dengan sebuah syarikat farmaseutikal, Roche Pharmaceuticals yang akan membuat ujian pertama pada manusia bagi penyakit gangguan radang otot (rheumatologi).

“Ini (FIH) akan menjadi yang pertama dalam negara di bawah penyakit rheumatologi yang secara khusus menjelajahi rawatan yang selamat untuk pesakit dengan Lupus Eritematosus Sistemik (SLE).

“Kajian ini akan dijalankan di Pusat Penyelidikan Klinikal Hospital Umum Sarawak dan dikendalikan oleh pakar rheumatologi, Dr. Teh Cheng Lay,” katanya dalam satu sidang media di Putrajaya pada Khamis.

BACA LAGI: KKM hantar pasukan, beri khidmat sokongan emosi untuk mangsa banjir

Untuk rekod, Malaysia akan menjadi negara ketujuh yang terlibat dalam kajian itu dan yang pertama dalam rantau Asia Pasifik bagi menjalankan kajian klinikal terhadap manusia.

Ujian FIH melibatkan ubat eksperimental baru untuk merawat pesakit dengan Sistemik Lupus Eritematosus di mana satu keadaaan yang memberi kesan kepada sendi, kulit, otak, paru-paru, buah pinggang dan saluran darah

“Penyakit tersebut dipilih kerana kajian menunjukkan wanita berusia antara usia 15 hingga 50 tahun membentuk 80 peratus daripada lebih 10,000 penghidap SLE di seluruh Malaysia yang berisiko maut.

“Kita berharap hasilnya kelak akan bantu penerokaan rawatan lebih selamat kerana ini julung kali penyelidikan dilakukan di bawah situasi petunjuk cabang reumatologi,” tambahnya.

Sementara itu tambahnya, FIH adalah bukti kemampuan ujian klinikal yang semakin berkembang di Malaysia dalam tempoh dua tahun setelah penyelesaian Projek Realisasi Fasa 1 Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM).

Ekosistem ujian klinikal Malaysia menurut Dr Dzulkefly telah berkembang pesat dengan lebih dari 2300 penyelidikan klinikal yang dilakukan sejak tahun 2012.

“CRM melalui inisiatif P1RP telah mengawasi perkembangan ekosistem fasa awal negara ini untuk membolehkan penyelidikan fasa awal yang selamat dan teratur terutamanya ujian FIH.

“Selepas penyelesaian P1RP pada tahun 2021, Malaysia telah menjalankan satu ujian FIH dan dua kajian pertama pada pesakit dengan kajian Roche menjadi ujian FIH pertama di Malaysia di bawah penyakit rheumatologi,” katanya lagi.

Related Articles

Back to top button