Sukan

Tiga lagi sukan jadi sandaran MOM raih pingat di Sukan Olimpik Paris 2024

Barisan atlet negara menerusi tiga lagi jenis sukan diharap mampu memburu slot secara merit untuk beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.

Menurut Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Nazifuddin Najib, sukan tersebut adalah berbasikal, terjun dan badminton.

Jelas beliau, tiga sukan berkenaan mempunyai peluang bagi meraih pingat pada temasya Paris nanti.

“Kita masih melihat tiga sukan utama iaitu berbasikal, terjun dan badminton.

“Harapan kita masih di sana dan kepada atlet-atlet sukan tersebut tingkatkan lagi usaha untuk kita harap dapatkan pingat dalam Olimpik yang akan datang” katanya memetik laporan Berita RTM.

Beliau turut memaklumkan MOM akan mengumumkan senarai akhir atlet yang akan bertanding pada Sukan Olimpik selewat-lewatnya Mac ini.

Setakat ini, Malaysia sudah pun mempunyai lima wakil yang telah pun mengesahkan tempat ke Paris 2024 antaranya Nur Shazrin Latif (pelayaran), Johnathan Wong (menembak), Bertrand Rhodict Lises (terjun), Ariana Nur Dania Zairi (memanah) dan Nur Aisyah Mohd Zubir (basikal).

Terdahulu, ketua kontinjen Malaysia ke Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata beliau masih belum dapat menamakan sandaran utama negara biarpun wujudnya Program Road to Gold (RTG) yang dikhususkan untuk memenangi pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik.

“Jika dilihat mengenai potensi, Azizulhasni yang paling dekat disusuli dengan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

“Cuma, Aaron-Wooi Yik belum stabil kerana sering terkandas di peringkat suku akhir dan separuh akhir sebelum ini dan kita harap mereka berada di puncak prestasi pada temasya itu nanti,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button