Semasa

Kumpul RM300,000, Wanita KEADILAN gerak misi bantuan ke Pantai Timur

Wanita KEADILAN berjaya mengumpul bantuan keseluruhan berjumlah RM300,000 untuk misi bantuan banjir Pantai Timur

Ketuanya Fadhlina Sidek berkata, sehubungan itu fasa pertama misi bantuan akan digerakkan serentak hari ini ke tiga buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Bantuan itu jelasnya akan diagihkan kepada 1,000 keluarga mangsa banjir.

“Antara barangan dikumpulkan termasuk 300 kampit beras, 100 bakul makanan, wang tunai dan pelbagai barangan keperluan diri seperti kain pelikat dan tuala wanita.

“Misi bantuan itu akan digerakkan oleh 100 sukarelawan termasuk pimpinan Wanita Keadilan di tiga negeri itu,” katanya ketika ditemui pada majlis pelepasan konvoi misi bantuan itu di Putrajaya pada Khamis.

BACA LAGI: KKM hantar pasukan, beri khidmat sokongan emosi untuk mangsa banjir

Sementara itu Fadhlina turut melahirkan rasa bangga dengan sumbangan yang dikumpulkan kerana ia (kutipan) baru sahaja dilancarkan 31 Disember lalu.

Beliau sementara itu memaklumkan fasa kedua misi bantuan membabitkan agihan buku dan peralatan sekolah akan dilancarkan dalam masa terdekat.

“Misi bantuan banjir ini bertujuan meringankan beban ditanggung mangsa banjir yang terjejas bencana itu baru-baru ini,” katanya

Related Articles

Back to top button