hiburan

Al Maqari dinobat juara program Pentas Marhaban, bawa pulang wang tunai RM50,000

Kumpulan Al Maqari diumumkan sebagai juara bagi program Pentas Marhaban yang diadakan secara langsung di Kompleks Pusat Islam, Pusat Penyiaran TV AlHijrah, Kuala Lumpur, malam tadi.

Kumpulan Al Maqari yang berjaya meraih keputusan tertinggi pada pentas akhir itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000.

Sementara itu, kumpulan Qalbun Hadi pula diumumkan sebagai naib juara dan membawa pulang RM25,000 berserta trofi sumbangan TV AlHijrah.

Keputusan itu sekali gus menafikan kedudukan dua lagi kumpulan iaitu Al-Muhtadin dan Raudhatul Ashwaq untuk bergelar juara selepas hanya menduduki tempat ketiga dan keempat.

Kedua-dua kumpulan itu sekadar meraih hadiah saguhati dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 bagi setiap kumpulan.

Tugasan akhir bagi Pentas Marhaban dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu marhaban dan rawi, penceritaan serta qasidah.

Bukan itu sahaja, pentas Marhaban akhir turut dimeriahkan dengan persembahan kumpulan Rabbani dan Daqmie.

Dihoskan oleh Shamsul Ghau Ghau dan Tilmiz Fahmi, program realiti ini telah pun bersiaran selama lapan minggu dan diadili sepenuhnya oleh juri tetap Ustazah Asni Mansor dan Ustaz Zulhafis atau lebih dikenali sebagai Along Gambus serta Ustaz Hasim Harun selaku juri jemputan.

Pemarkahan dibuat pihak juri adalah berdasarkan gaya persembahan, pakaian, lagu, solo dan harmoni.

Related Articles

Back to top button