Nasional

Kerajaan jamin baiki 21 lokasi terjejas akibat bencana segera

Kementerian Kerja Raya (KKR) mnegenal pasti sebanyak 21 lokasi yang terjejas akibat bencana membabitkan tujuh negeri setakat Jumaat lalu.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, tujuh negeri terbabit ialah Johor, Pahang, Kelantan, Perak, Terengganu, Kedah dan Selangor.

Menurutnya, daripada jumlah itu, ia membabitkan lapan jalan negeri dan 13 jalan Persekutuan.

“Sebanyak empat lokasi membabitkan banjir manakala cerun runtuh (10 lokasi), jalan runtuh (empat lokasi) dan jambatan rosak atau runtuh (tiga lokasi).

“Di Johor mencatatkan kawasan paling banyak terjejas akibat bencana iaitu (enam kawasan), Pahang (empat kawasan), Kelantan dan Perak (tiga kawasan), Kedah dan Terengganu (dua kawasan) serta Selangor (satu kawasan),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Jalan Persekutuan FT008 Seksyen 258.00 Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) dekat Paloh, di Gua Musang, hari ini.

Katanya, kementerian akan membaik pulih lokasi terjejas akibat bencana dengan secepat mungkin.

“Ketika ini masih lagi berlaku Monsun Timur Laut, jadi kita akan buat pemantauan dan siasatan anggaran jumlah untuk dibaiki,” katanya.

Related Articles

Back to top button