Politik

Langkah Dubai: Cukuplah pembangkang, jangan buat tindakan tak untungkan negara

Usaha pembangkang untuk menukar kerajaan melalui ‘Langkah Dubai’ hanya angan-angan Mat Jenin, kata Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Ditemui pemberita di Bukit Mertajam pada Sabtu beliau berkata Shamsul berkata, tiada asas untuk mewajarkan pertukaran kerajaan.

Selain itu kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga kukuh apabila kini disokong lebih dua pertiga Ahli Parlimen selain telah mengabsahkan kedudukannya melalui usul undi percaya di Parlimen.

“Langkah pertama yang dibuat Perdana Menteri ketika itu adalah bawa ke Parlimen bagi menguji keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri.

Ketika itu tidak ada mana-mana pun pembangkang yang bangun dan bangkit kononnya mereka ada jumlah dan ada blok atau sebagainya.

“Kenyataan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberikan jaminan bahawa mereka memberikan sokongan kepada PMX, sama juga dengan GRS, jadi saya tidak tahu mana datangnya jumlah-jumlah tersebut untuk mereka tubuhkan kerajaan,” katanya.

Terdahulu beberapa pempengaruh media sosial pro Perikatan Nasional (PN) cuba meyakinkan penyokong mereka bahawa kerajaan akan bertukar dalam masa terdekat.

BACA LAGI: Tidak terima permohonan menghadap sehingga 31 Januari – Sultan Ibrahim

Blogger PN yang melarikan diri ke luar negara, Raja Petra Kamarudin turut mendakwa pembangkang telah mendapat 120 akuan bersumpah (SD), melalui ‘Langkah Dubai’, untuk menjatuhkan kerajaan.

“Cukuplah, rakyat telah melihat sepanjang tempoh dari 2018 hingga 2022 berlaku perubahan kerajaan demi kerajaan yang tidak menguntungkan negara.

“Justeru kita memberikan penamat kepada pilihan raya pada 2022, dengan penamat itu wujudnya kestabilan dan akhirnya kita lihat buat pertama kali dalam sejarah Malaysia pelaburan-pelaburan asing itu antara yang tertinggi jumlahnya kita raih,” tambah Shamsul Iskandar

Related Articles

Back to top button