Politik

Pembangkang sudah tiada isu yakinkan penyokong – Mahfuz Omar

Pengerusi Pakatan Harapan Kedah, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan pembangkang sudah tiada isu untuk menarik dan meyakinkan rakyat dan penyokong-penyokong mereka.

Beliau berkata begitu sebagai mengulas dakwaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meramalkan tahu tarikh kerajaan akan tumbang, selain dakwaan mengenai langkah menukar kerajaan.

Menyifatkan kenyataan dibuat Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu akan hanya merosakkan kepercayaan pelabur termasuk ke negeri itu, Mahfuz menggesa Muhammad Sanusi mencontohi pemimpin senior seperti Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg setiap kali memberi kenyataan mengenai isu Kerajaan Perpaduan.

“Saya ingin memberi nasihat agar (Muhammad Sanusi) contohi pemimpin politik senior seperti Premier Sarawak.

“Beliau fokus kepada pembangunan dan jangan buang masa. Ini perlu menjadi contoh kepada generasi pemimpin politik muda hari ini.

“Kita sepatutnya mengatur langkah membina dan membangunkan negara, bukan menjatuhkan negara,” katanya.

BACA LAGI: Shamsul Iskandar lapor polis terhadap Chegubard, didakwa seleweng dana NGO

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) itu ditemui selepas majlis Program Jualan Agro Madani anjuran LPP di Lotus Ampang pada Sabtu.

Muhammad Sanusi menurut laporan media baru-baru ini mengesahkan wujud rancangan di pihak PN untuk menumbangkan Kerajaan Persekutuan menerusi kelompongan Akta Antilompat Parti.

Pempengaruh media sosial pro PN mengembar-gemburkan khabar angin kononnya kerajaan bakal bertukar 18 Januari ini iaitu tarikh Muhammad Sanusi akan dihadapkan ke Mahkamah bagi berdepan tuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan menerusi satu ceramah politik dihadirnya pada Julai tahun lalu.

Related Articles

Back to top button