Semasa

Banjir di Johor: RM30 juta baiki jalan rosak, cerun runtuh

Kementerian Kerja Raya (KKR) memerlukan RM30 juta sebagai peruntukan awal untuk membaiki jalan rosak dan cerun runtuh akibat banjir di Johor.

Timbalan Menteri KKR, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ia melibatkan kerosakan di 29 jalan dan lapan cerun runtuh.

“Antara kerja awalan yang dilakukan sebagai contoh menutup cerun yang runtuh dengan kanvas serta kerja lain yang akan dilaksanakan seberapa segera apabila hujan reda,” katanya.

Ahmad Maslan berkata begitu kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan terhadap jalan rosak akibat banjir di Seksyen 71-74, FT050, Jalan Kluang-Mersing, di Kluang semalam.

BACA LAGI: Permaisuri Johor santuni mangsa banjir di tiga PPS Kota Tinggi

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri Mohamad Fazli Mohamad Salleh, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor Abu Bakar Abd Aziz dan Jurutera Daerah JKR Kluang Ir Mohd Zaharudin Ayep.

Beliau turut memberitahu, setakat ini tiga daerah yang paling terjejas katanya ialah Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

Kerja-kerja pembaikan kepada kerosakan akibat banjir itu jelasnya telah bermula awal minggu ini.

Related Articles

Back to top button