Jabatan Imigresen tumpaskan sindikit pelacuran
Satu sindiket pelacuran outcall girl ditumpaskan dengan penahanan 49 warga asing serta tiga lelaki tempatan dalam tiga serbuan di sekitar ibu negara, Jumaat lepas.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Jafri Embok Taha dalam satu kenyataan pada Ahad berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 32 wanita warga Indonesia, 13 wanita warga Thailand, tiga wanita warga Vietnam dan seorang lelaki Afghanistan, berumur lingkungan 18 hingga 36 tahun.
Menurut Jafri ketiga-tiga lelaki tempatan ditahan dipercayai bertindak sebagai transporter dan penjaga premis,
“Sindiket ini yang dipercayai telah beroperasi selama setahun ini dengan mempromosikan wanita warga asing dengan menggunakan gambar mereka melalui aplikasi Telegram dan WhatsApp.
“Wanita yang dipilih akan diuruskan penghantarannya ke hotel atau tempat yang dikehendaki pelanggan oleh seorang lelaki tempatan yang berperanan sebagai transporter,” katanya.
BACA LAGI: JIM ambil langkah proaktif, akan buru majikan lindungi pendatang asing tanpa izin
Sementara itu Jafri turut memaklumkan, sejumlah kondom, peralatan seks, lapan pasport Thailand, wang tunai sebanyak RM300, tuala, peralatan kamera litar tertutup dan sebuah kenderaan Perodua Axia turut dirampas dalam serbuan itu.
Kesemua warga asing itu ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan dihantar ke Depot Imigresen Semenyih, Selangor.
“Seorang daripada lelaki tempatan yang ditahan, disiasat di bawah Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 manakala dua lagi lelaki ditahan di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63,” katanya Jafri.